Thursday, 27 October 2011

Pusat Sumber Sekolah SK LKTP Jengka 1

VISI
PSS Sebagai Pusat Maklumat
MISI
  • Warga SK LKTP Jengka 1 gemar melangkah ke PSS.
  • Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada pendidikan sepanjang hayat.
  • Membentuk golongan murid yang berilmu dan dinamis.
  • Menawarkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada warga SK LKTP Jengka 1.
  • Menyediakan tempat untuk mendapatkan maklumat dan ilmu yang selesa, kondusif dan ceria.
  • Menawarkan kemudahan teknologi maklumat melalui perkhidmatan yang disediakan.
PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER SK LKTP JENGKA 1
Kami warga SK LKTP Jengka 1 berjanji dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab akan:
  • Mengurus dan menyediakan perkhidmatan yang baik ke arah kecemerlangan murid.
  • Memastikan semua warga SK LKTP Jengka 1 mendapat keselesaan dan kemudahan yang terbaik semasa berurusan dengan PSS.
  • berusaha memberi kepuasan kepada semua warga SK LKTP Jengka 1 yang mendapatkan khidmat PSS.
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sedia menerima pandangan serta cadangan demi kebaikan bersama.
  • Memberi layanan yang saksama dan mesra kepada semua warga SK LKTP Jengka 1.
MATLAMAT PSS SK LKTP JENGKA 1 Mewujudkan budaya membaca sepanjang hayat di kalangan warga SK LKTP Jengka 1.
  • Mewujudkan budaya membaca sepanjang hayat di kalangan warga SK LKTP Jengka 1.
  • Memberikan kemudahan alatan kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
  • Membimbing dan membantu murid mencapai kejayaan yang cemerlang.
  • Melahirkan warga SK LKTP Jengka 1 yang bermotivasi, kreatif, efisien dan bersyukur.
  • Mendidik murid agar mampu berdikari untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Sekolah.
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LKTP JENGKA 1
  • Menyediakan suasana pusat bacaan yang kondusif ke arah membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
  • Menyemaikan tabiat membaca melalui program galakan membaca.
  • Mengoptimumkan hasil pembelajaran melalui alat audio visual.
  • Menyediakan sistem penggunaan bahan bantu belajar yang berkesan dan dapat dimanfaatkan bersama.
  • Menggunakan seluruh aset sumber yang ada ke arah pencapaian kecemerlangan murid.

No comments:

Post a Comment