Thursday, 27 October 2011

Pusat Sumber Sekolah SK LKTP Jengka 1

VISI
PSS Sebagai Pusat Maklumat
MISI
  • Warga SK LKTP Jengka 1 gemar melangkah ke PSS.
  • Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada pendidikan sepanjang hayat.
  • Membentuk golongan murid yang berilmu dan dinamis.
  • Menawarkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada warga SK LKTP Jengka 1.
  • Menyediakan tempat untuk mendapatkan maklumat dan ilmu yang selesa, kondusif dan ceria.
  • Menawarkan kemudahan teknologi maklumat melalui perkhidmatan yang disediakan.
PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER SK LKTP JENGKA 1
Kami warga SK LKTP Jengka 1 berjanji dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab akan:
  • Mengurus dan menyediakan perkhidmatan yang baik ke arah kecemerlangan murid.
  • Memastikan semua warga SK LKTP Jengka 1 mendapat keselesaan dan kemudahan yang terbaik semasa berurusan dengan PSS.
  • berusaha memberi kepuasan kepada semua warga SK LKTP Jengka 1 yang mendapatkan khidmat PSS.
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sedia menerima pandangan serta cadangan demi kebaikan bersama.
  • Memberi layanan yang saksama dan mesra kepada semua warga SK LKTP Jengka 1.
MATLAMAT PSS SK LKTP JENGKA 1 Mewujudkan budaya membaca sepanjang hayat di kalangan warga SK LKTP Jengka 1.
  • Mewujudkan budaya membaca sepanjang hayat di kalangan warga SK LKTP Jengka 1.
  • Memberikan kemudahan alatan kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
  • Membimbing dan membantu murid mencapai kejayaan yang cemerlang.
  • Melahirkan warga SK LKTP Jengka 1 yang bermotivasi, kreatif, efisien dan bersyukur.
  • Mendidik murid agar mampu berdikari untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Sekolah.
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LKTP JENGKA 1
  • Menyediakan suasana pusat bacaan yang kondusif ke arah membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
  • Menyemaikan tabiat membaca melalui program galakan membaca.
  • Mengoptimumkan hasil pembelajaran melalui alat audio visual.
  • Menyediakan sistem penggunaan bahan bantu belajar yang berkesan dan dapat dimanfaatkan bersama.
  • Menggunakan seluruh aset sumber yang ada ke arah pencapaian kecemerlangan murid.

Penyelaras PSS SK LKTP Jengka 1

  • Encik Azman bin Idris (1986 – 1990)
  • Encik Zahid bin Bakar (1990 – 1992)
  • Encik Roslan bin Omar (1993 – 1995)
  • Encik Azizan bin Abdul Hamid (1996 – 1999)
  • Encik Ahmad Ansary bin Musa (2000 – 2002)
  • Puan Norakesumawati binti Yusof (2003 hingga kini)
*mulai 1 Januari 2008 Penyelaras PSS dikenali sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

PSS Anggerik SK LKTP Jengka 1

~mula beroperasi pada 5 Ogos 1970 seiring dengan tertubuhnya Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 1.
~merupakan 3 buah bilik ubahsuai yang terdiri daripada Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Pembelajaran Kendiri (self access learning/SAL) dan Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM).
~Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK LKTP Jengka 1 sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada warga SK LKTP Jengka 1.
~PSS SK LKTP Jengka 1 akan sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangannya agar ia dapat menjadi sebuah tempat bagi mendapatkan maklumat dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan agar dapat menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperlukan kepada semua warga SK LKTP Jengka 1.

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 1 dibuka pada 5 Ogos 1970.