PSS Sebagai Pusat Maklumat
MISI
- Warga SK LKTP Jengka 1 gemar melangkah ke PSS.
- Menawarkan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada pendidikan sepanjang hayat.
- Membentuk golongan murid yang berilmu dan dinamis.
- Menawarkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada warga SK LKTP Jengka 1.
- Menyediakan tempat untuk mendapatkan maklumat dan ilmu yang selesa, kondusif dan ceria.
- Menawarkan kemudahan teknologi maklumat melalui perkhidmatan yang disediakan.
Kami warga SK LKTP Jengka 1 berjanji dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab akan:
- Mengurus dan menyediakan perkhidmatan yang baik ke arah kecemerlangan murid.
- Memastikan semua warga SK LKTP Jengka 1 mendapat keselesaan dan kemudahan yang terbaik semasa berurusan dengan PSS.
- berusaha memberi kepuasan kepada semua warga SK LKTP Jengka 1 yang mendapatkan khidmat PSS.
- Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sedia menerima pandangan serta cadangan demi kebaikan bersama.
- Memberi layanan yang saksama dan mesra kepada semua warga SK LKTP Jengka 1.
- Mewujudkan budaya membaca sepanjang hayat di kalangan warga SK LKTP Jengka 1.
- Memberikan kemudahan alatan kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing dan membantu murid mencapai kejayaan yang cemerlang.
- Melahirkan warga SK LKTP Jengka 1 yang bermotivasi, kreatif, efisien dan bersyukur.
- Mendidik murid agar mampu berdikari untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Sekolah.
- Menyediakan suasana pusat bacaan yang kondusif ke arah membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
- Menyemaikan tabiat membaca melalui program galakan membaca.
- Mengoptimumkan hasil pembelajaran melalui alat audio visual.
- Menyediakan sistem penggunaan bahan bantu belajar yang berkesan dan dapat dimanfaatkan bersama.
- Menggunakan seluruh aset sumber yang ada ke arah pencapaian kecemerlangan murid.